fbpx

Cucu derhaka pukul nenek dipenjara 15 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD ZULHAFIZE (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini bagi menghadapi pertuduhan dengan sengaja mencederakan neneknya.

KOTA BHARU – Perbuatan derhaka seorang buruh yang memukul neneknya sehingga cedera berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama 15 bulan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Muhamad Zulhafize Zulkarnain, 29, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Izdham Naim Che Ani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan neneknya, Jawahir Ab Wahab, 80, sehingga menyebabkan warga emas itu lebam pada bahagian dahi sebelah kiri.

Perbuatan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Kampung Kerak Kadok, Ketereh di sini kira-kira pukul 4.30 petang pada 1 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan dan denda RM2,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Akmal Mohd. Bakri manalala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Roshayati Hassan.

Terdahulu, Nurul Akmal memohon hukuman yang setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana menyebabkan kecederaan kepada nenek sendiri yang sudah tua dan uzur malah perbuatan itu turut menimbulkan ketakutan kepada mangsa.

Bagaimanapun, Roshayati dalam rayuannya memohon hukuman penjara paling minimum kerana tertuduh merupakan seorang duda, mempunyai tanggungan seorang anak selain menghidap sakit gout dan saraf.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama 15 bulan bermula dari tarikh jatuh hukum iaitu hari ini.

Mengikut fakta kes, tertuduh dipercayai bertindak memukul nenek sendiri dengan tangan hingga menyebabkan mangsa lebam di dahi sebelah kiri selepas warga emas itu tidak memberikan wang yang dimintanya.

Lelaki itu dipercayai sering meminta wang daripada neneknya sehingga menyebabkan mangsa bimbang dengan keselamatan diri dam tampil membuat laporan polis selepas dipukul baru-baru ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.