fbpx

Warga emas hilang selepas keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOHAK dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Kelisar, Batu Gajah dekat Tanah Merah tiga hari lalu.- Foto MEDIA SOSIAL

TANAH MERAH – Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Kelisar, Batu Gajah di sini tiga hari lalu.

Difahamkan, keluarga Sohak Ismail, 66, sudah mencarinya di serata tempat di daerah itu, namun masih belum dijumpai sehingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Zainuddin Md. Yusoff berkata, berdasarkan keterangan keluarga, warga emas itu keluar rumah dengan menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam dengan nombor pendaftaran DBS 5520.

“Mangsa juga keluar rumah kira-kira pukul 11 pagi dan tidak memaklumkan kepada keluarga destinasi yang ingin ditujunya.

“Ketika keluar rumah, warga emas itu memakai baju kemeja berwarna merah, jaket kelabu dan seluar panjang berwarna hijau,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Zainuddin, mangsa juga tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, namun keluarganya bimbang dengan keselamatan warga emas itu.

Katanya, sehubungan dengan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai atau yang mengenali warga emas itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah di talian 09-955 6222 atau balai polis berdekatan.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI