fbpx

Wanita trauma, tangan dijilat ‘abang askar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan seorang lelaki berpakaian seragam tentera menjilat tangan seorang pekerja wanita di Taman Keramat di sini

AMPANG – Seorang pekerja wanita di sebuah kedai Vape di Taman Keramat di sini, trauma selepas tangannya dijilat seorang lelaki berpakaian seragam tentera dalam satu kejadian pada tengah hari semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari itu, suspek yang memakai seragam tentera telah ke kedai tersebut untuk membeli barangan vape dan keluar dari premis berkenaan sejurus selesai.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bagaimanapun, suspek telah kembali ke kedai tersebut dan mendakwa pod vape yang dibelinya tidak berfungsi.

“Mangsa yang berusia 18 tahun itu telah memeriksa pod berkenaan dan menggantikan dengan yang baru.

“Ketika menyerahkan pod vape berkenaan, suspek telah mengambil kesempatan dengan memegang tangan dan menjilat tangan pekerja wanita tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, mangsa telah memberitahu terdapat televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan sebelum suspek melepaskan tangan mangsa dan beredar dari lokasi kejadian.

“Kita sedang menjalankan siasatan dan usaha mendapatkan butiran peribadi serta mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul.

“Orang awam yang memiliki maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Siti Zaleha Abdullah ditalian 03 42897222 atau balai polis berhampiran.” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI