fbpx

Topi vintaj berjenama sumber rezeki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBNOR HAFIZUL SHAKIRIN menunjukkan koleksi topi-topi terpakai yang dijual dikedainya di Kampung Dalam, Ayer Baloi, Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Kisah seorang peniaga pakaian terpakai menjual sehelai baju T lusuh Geisha Official keluaran Nike pada harga RM37,500 menjadi inspirasi kepada seorang pemuda untuk memulakan bisnes yang sama.

Kecekalan peniaga tersebut yang menawarkan bidaan menerusi Facebook mendorong Ibnor Hafizul Shakirin Ibrahim, 31, membuka premis pakaian terpakai berasaskan topi di Kampung Dalam, Ayer Baloi di sini.

Katanya, perniagaan itu diusahakan bersama seorang rakan kongsi pada tahun lalu dan kini menggunakan gerbang pemasaran aplikasi online bagi meluaskan pasaran topi terpakai ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Setiap hari kami akan me­ngadakan jualan melalui Facebook dan pembeli boleh membeli terus apabila tawaran dibuka dengan harga serendah RM3 sehingga RM1,000 bergantung kepada jenama dan vintaj.

“Topi-topi yang berjenama dan vintaj mempunyai peminatnya sendiri yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan lebih hanya untuk memiliki topi yang berusia 10 hingga 30 tahun,” katanya ketika ditemui pembe­rita di sini baru-baru ini.

Ibnor Hafizul berkata, terdapat pelbagai jenis atau topi di pasaran ketika ini antaranya Bucket, Trucker, Fiva Panel, Bareeta dan Snap Pack yang hanya diketahui si pemakai atau peminatnya.

Katanya, Hakaidobundle juga menawarkan perkhidmatan baik pulih, membasuh dan memasang alat ganti aksesori dan memasang logo.

Jelasnya, walaupun ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, jualan topinya masih mendapat tempahan dengan setiap hari sebanyak 70 kotak dihantar melalui perkhidmatan pos laju kepada pembeli.

Tambah Ibnor Hafizul, dia mula menyedari penjualan topi terpakai sebenarnya mempunyai peluang menjana pendapatan yang baik sekiranya dilakukan bersungguh-sungguh setelah setahun menceburi bidang itu.

Katanya, setakat ini pendapatan yang diperolehi amat memuaskan kerana permintaan terhadap topi terpakai sentiasa ada dalam kalangan individu mahupun mereka yang membe­linya untuk dijual semula.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI