fbpx

PH Melaka tak mahu darurat, mahu PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari (tengah) mengadakan sidang akhbar di Graha Amanah Melaka, Bukit Katil. Foto RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – Pengisytiharan darurat untuk menangguhkan pilihan raya negeri (PRN) hanya akan mewujudkan persepsi negatif dan kesan buruk terhadap negeri dan rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari.

Beliau berkata, ini kerana Melaka baharu sahaja memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), tidak seharusnya mengambil tindakan kebelakang yang akan merosakkan ekonomi.

Ujarnya, adalah tidak wajar untuk mengatakan, Proklamasi Darurat bertujuan menjaga rakyat sedangkan ia memberi kesan sebaliknya.

“Meletakkan Melaka dalam keadaan darurat disebabkan ketidakstabilan politik adalah sesuatu yang buruk. Muafakat PH negeri kekal sama dan bersedia untuk kembalikan mandat kepada rakyat.

“Cuma kita sangat dukacita apabila kerajaan sedia ada yang hilang kepercayaan tidak menggunakan garis-garis perlembagaan dan proses yang betul, untuk kembalikan mandat rakyat,” katanya ketika sidang akhbar di Graha Amanah, Bukit Katil di sini hari ini.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh memaklumkan pembubaran DUN Melaka, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam susulan penarikan sokongan empat ahli dewan undangan negeri (ADUN) kerajaan.

Mengulas lanjut, Adly yang juga penyandang DUN Bukit Katil menambah, situasi politik di Melaka dan Sarawak adalah berbeza, maka darurat tidak sesuai dilaksana di negeri ini untuk menangguhkan PRN.

“Di Melaka tidak ada faktor ini kerana mempunyai kerajaan minoriti. Tidak wajar kerajaan yang hilang kepercayaan rakyat masih diberikan peluang untuk mentadbir kerajaan sementara,” tegasnya.

Proklamasi Darurat Sarawak diisytiharkan selama enam bulan bermula 2 Ogos sehingga 2 Februari 2022 disebabkan penularan Covid-19 masih berada pada tahap membimbangkan.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI