fbpx

Pemandu lori, kelindan cedera rempuh belakang treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kepala lori yang merempuh bahagian belakang treler di Kilometer 272.2, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan), di sini, pagi semalam. - Foto IHSAN PEMBACA

SEREMBAN – Dua lelaki cedera apabila lori yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 272.2, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan), di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.23 pagi itu, pemandu lori berusia 51 tahun dan kelindan lori berusia 19 tahun beralamat di Hutan Melintang, Perak dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban.

Menurut Jurucakap Polis, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu lori serta treler yang dipandu lelaki berusia 51 tahun beralamat di Batu Pahat, Johor.

“Berdasarkan siasatan awal, lori berkenaan telah merempuh treler yang bergerak di lorong paling perlahan.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital, manakala, pemandu lori treler pula tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya hari ini.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI