fbpx

MOTAC kaji data sebelum buka sektor pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy.

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengambil kira data yang diperolehi daripada semua Pengarah Tourism Malaysia luar negara untuk dijadikan panduan serta mengenal pasti tahap kesediaan negara bagi menyasarkan pembukaan sektor pelancongan antarabangsa.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, data itu akan membantu kementerian untuk merangka kempen promosi dan pemasaran bagi membolehkan pelancong luar negara menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan apabila sempadan negara dibuka nanti.

“Informasi ini juga dapat membantu pihak MOTAC dalam merangka mekanisme yang bersesuaian berhubung urusan kemasukan, faktor kesihatan dan keselamatan, imigresen serta sistem penjejakan data.

“Maklumat ini seterusnya akan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dipertimbangkan sebelum keputusan membuka semula sempadan negara dibuat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Nancy mengadakan pertemuan secara maya bersama 33 orang Pengarah Tourism Malaysia yang berada di pelbagai negara.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI