fbpx

Mahasiswa rugi RM11,000, terpedaya keuntungan dalam 30 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang mahasiswa sebuah universiti swasta di ibu negara mengalami kerugian RM11,000 selepas diperdaya rakan Facebook dalam satu sindiket pelaburan tidak wujud.

Mangsa yang berusia 18 tahun dari Temerloh diumpan kononnya pelaburan berkenaan mampu memberi pulangan menguntungkan hanya dalam masa 30 minit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula 19 September lalu selepas mangsa berkenalan dengan seorang wanita di Facebook dan berhubung melalui WhatsApp.

“Suspek menceritakan tentang pelaburan dan keuntungan yang dia boleh dapat dalam masa sehari dan mula minta mangsa untuk masukkan wang jika berminat menyertai pelaburan tersebut.

“Suspek juga mula menceritakan bahawa dia menyertai pelaburan itu sebanyak RM30,000 dan boleh mendapat 25 peratus keuntungan dalam masa 30 minit sahaja,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd. Wazir berkata, suspek memberitahu akan mengajar mangsa melakukan kerja sambilan dengan mendaftarkan diri di aplikasi ‘mfacorp’ dan selesai sahaja pendaftaran di aplikasi tersebut, mangsa diminta untuk memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan.

Katanya, dalam tempoh dua hari sahaja iaitu 27 dan 28 September lalu mangsa membuat empat kali transaksi ke tiga akaun berbeza berjumlah RM11,000.

“Namun bukan sahaja mangsa tidak memperoleh keuntungan malah wang pelaburannya juga lesap manakala suspek gagal dihubungi menyebabkan mangsa tampil membuat laporan polis kerana berasa tertipu,”ujarnya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI