fbpx

Apabila sentap, dia masih ada iman- PU Syed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PU Syed dan Kak KM.

PETALING JAYA- Pencetus Ummah (PU) Syed menyifatkan usahawan produk kecantikkan, Kak KM sebagai masih lagi mempunyai iman apabila berasa sentap dengan teguran yang dibuat baru-baru ini.

Menurut PU Syed, apabila Kak KM berasa sentap dengan tegurannya ia memberi terjemahan bahawa wanita itu masih mempunyai iman dalam diri.

“Berubahlah, kerana nyawa itu bukan dalam kawalan kita, sekejap sahaja Allah boleh tarik. Ramai yang jadi jutawan dengan berniaga dan membuat iklan patuh syariah, maka rezeki akan berkat.

“Tetapi, jika sebaliknya, pasti tiada keberkatan dalam rezeki mu (Kak KM), sekalipun banyak,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram semalam.

Katanya lagi, teguran yang dibuat bukan mahu mengaibkan Kak KM sebaliknya mahu menegur usahawan itu berikutan disifatkan membuat dosa secara terbuka.

“Ambe (saya) tegur, dia kata mengaibkan, dah selama ini, mengaibkan diri sendiri dan keluarga, dia perasan atau tidak?

“Siapa yang mengaibkan siapa ini? Ambe menegur secara terbuka sebab dia buat dosa dan viralkannya secara terbuka, ambe tidak perlukan penghormatan dia,” katanya.

Sebelum ini, Kak KM meluahkan rasa berang apabila pendakwah tersebut mengaitkan sentimen agama dengan perniagaannya serta mengatakan ia dijalankan secara berdosa serta rezeki dimiliki tidak berkat.

Kak KM yang menjual produk jamu untuk menjaga kesihatan wanita juga disifatkan begitu aktif di laman sosial media selain memaparkan gaya kehidupan terbuka dan moden. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI