fbpx

Abang askar buat gangguan seksual ketika beli vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jari mangsa dihisap oleh suspek ketika mahu merasai perisa vape dalam satu kejadian di Keramat tadi.

PETALING JAYA- Seorang askar dilihat mencemari kredibiliti sebagai anggota keselamatan apabila dia didakwa melakukan serangan gangguan seksual terhadap seorang jurujual wanita di sebuah kedai vape.

Lebih menjijikkan, askar terbabit bukan sahaja dilihat memegang tangan jurujual wanita itu ketika mahu merasai perasa vape,malah turut bertindak menghisap jari mangsa.

Berdasarkan perkongsian seorang pengguna Facebook, Amir Hamzah Abdul Hamid, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah kedai vape dekat Keramat, Kuala Lumpur dan mangsa hanya berseorangan ketika itu.

“Abang askar dekat Keramat punya gangguan seksual boleh tahan, datang kedai vape konon nak beli, dia nampak penjaga kedai itu perempuan dan berseorangan, terus buat gangguan seksual.

“Dia minta untuk rasa perasa vape, bila mangsa nak bagi, dia tolak tepi ‘pod’ itu, dia genggam tangan dan lepas itu hisap jari mangsa,” katanya tadi.

Jelasnya, mangsa yang pertama kali berdepan situasi tersebut terus tergaman selepas suspek merupakan seorang askap lengkap beruniform.

“Siapa-siapa yang ada dalam situasi itu mesti tergamam, kebetulan seorang pula dalam kedai, mahu lari, ada lagi seorang askar di luar kedai, bimbang jadi perkara lebih pelik.

“Situasi ini baharu saja jadi, siapa-siapa kawan dengan abang askar itu, tolong kirim salam dekat dia, laporan polis telah dibuat oleh mangsa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amir Hamzah turut mendedahkan perkara seperti itu banyak kali terjadi cuma mangsa banyak mengambil pendekatan berdiam diri selepas laporan polis dibuat.

Antara kes gangguan seksual yang sering berlaku termasuklah tindakan menunjukkan alat sulit, memegang tangan ketika mengambil duit baki serta beberapa insiden lain. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI