fbpx

12 pemuda bergaduh di Lebuh Farquhar dibebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pergaduhan sekumpulan lelaki di Lebuh Farquhar di George Town, Khamis lalu.

GEORGE TOWN – Seramai 12 pemuda yang diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan di Lebuh Farquhar di sini Khamis lalu telah dilepaskan dengan jaminan polis petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi berkata, pihaknya selesai merekodkan keterangan semua lelaki berusia antara 20 hingga 39 tahun itu sejurus tangkapan ke atas mereka dilakukan minggu lalu.

Menurutnya, kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini, kita masih menunggu arahan daripada pihak terbabit dan perkembangan lanjut berhubung kes pendakwaan akan dimaklumkan nanti,” katanya di sini sebentar tadi.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan seramai 12 individu ditahan polis di sekitar pusat bandar raya ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan membabitkan dua kumpulan lelaki.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.35 tengah malam itu dikatakan berpunca daripada perbuatan pandang memandang antara dua kumpulan lelaki Cina ketika sedang minum minuman keras di sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian.

Terdahulu, pergaduhan dua kumpulan lelaki itu tular di media sosial Facebook dan WhatsApp sehingga mengundang ketakutan dan kecaman daripada warganet. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI