fbpx

117 kes kematian dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 117 kes kematian Covid-19 dilaporkan dengan tiga daripadanya ialah kes kematian sebenar bagi tempoh 24 jam semalam.

Data pada laman web CovidNow memaparkan, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di seluruh negara sebanyak 26,876 kes.

Selain itu, terdapat 16 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah kes BID terkini sebanyak 5,398 kes.

“Kes kematian itu dilaporkan di Sarawak (21), Johor (19), Selangor (14), Perak (14), Kelantan (11), Sabah (11), Kedah (8), Terengganu (5), Pahang (4), Kuala Lumpur (4), Melaka (2), Perlis (2), Negeri Sembilan (1) dan Pulau Pinang (1).

“Tiada kematian dilaporkan di Labuan dan Putrajaya,” menurut data CovidNow di sini hari ini.

Dalam pada itu, kes aktif semakin menurun dengan 135,945 kes termasuk 110,462 kes dikuarantin di rumah, 16,394 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,243 di hospital, 405 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 441 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI