fbpx

Wanita anggap kekasih ‘kedekut’, enggan beri wang RM1.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut dikecam netizen kerana meminta wang yang begitu banyak daripada bekas teman lelakinya. – TikTok

JAKARTA – Gara-gara meminta wang tunai berjumlah lima bilion rupiah (RM1.5 juta) daripada teman lelaki, seorang wanita mendedahkan dia ditinggalkan lelaki itu kerana tidak mampu memenuhi permintaan tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi satu video di laman TikTok, wanita berkenaan memberitahu, wang tersebut diminta oleh keluarganya tanpa mendedahkan tujuan permintaan itu.

Tambahnya, dia berasa kecewa kerana teman lelakinya bertindak meninggalkannya disebabkan enggan memenuhi permintaan tersebut yang disifatkannya sebagai bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

“Ditinggalkan teman lelaki gara-gara keluarga meminta wang berjumlah lima billion rupiah (RM1.5 juta), padahal itu adalah satu perkara yang mudah,” katanya pada keterangan video tersebut.

Video itu menjadi tular dengan menerima tontonan lebih dua juta kali serta berbelas-belas ribu komen daripada pengguna yang menyelar sikap wanita berkenaan.

“Wang tunai lima billion rupiah (RM1.5 juta) akan terasa masuk akal sekiranya awak cantik dan bijak. Ini tidak, menyusahkan orang lelaki,” kata seorang netizen.

“Buat bekas teman lelakinya, anda bertuah kerana telah memilih untuk pergi,” kata seorang lagi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN