fbpx

Pertama kali hantar pengasuh, anak ada kesan lebam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GOMBAK – Seorang bayi perempuan berusia 7 bulan mempunyai kesan lebam pada bahagian muka selepas berada di bawah penjagaan pengasuh di Taman Selayang Jaya di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya telah menerima maklumat berhubung kejadian pada Jumaat lalu pukul 6.30 petang di kaunter aduan Balai Polis Selayang.

“Ibu mangsa yang berusia 40 tahun telah memaklumkan terdapat kesan lebam kemerahan pada bahagian muka, pipi, telinga dan paha sebelah kiri anak perempuannya yang berusia 7 bulan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa telah dihantar ke rumah pengasuh tersebut buat pertama kali pada Jumaat lalu pukul 9 pagi dan telah diambil semula oleh ibu mangsa pada pukul 4.30 petang hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, semasa berada di rumahnya, ibu mangsa mendapati terdapat kesan lebam pada anggota badan mangsa.

“Pemeriksaan pegawai perubatan mendapati, mangsa mengalami ‘soft tissue injuries’ pada paha dan bahagian muka sebelah kiri. Mangsa telah menerima rawatan pesakit luar di Hospital Selayang.

“Polis juga telah mengambil keterangan suspek iaitu seorang wanita tempatan berusia 60 tahun bagi membantu siasatan dan kes masih di peringkat siasatan,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI