fbpx

Pergolakan keluarga, dendam Hasrat Tersirat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMELUT keluarga dan perebutan harta menjadi fokus utama jalan cerita Hasrat Tersirat diharap mampu menjentik emosi penonton.

KANDUNGAN komersial yang berkualiti dan dinamik yang mampu mencuit emosi segenap lapisan umur penonton menjadi faktor penting buat saluran Astro Prima dalam menentukan pemilihan naskhah terbaik.

Demikian menurut Pengurus Salurannya, Norzeha Mohd. Salleh yang berkata, maklum balas dan penerimaan audiens akan mempengaruhi kejayaan saluran tersebut secara langsung.

Disebabkan itu, Astro Prima sekali lagi mengangkat karya tentang konflik dalam keluarga berjudul Hasrat Tersirat sebagai tayangan terbaharu menggantikan drama Ali Alia yang menamatkan siaran pada 9 September lalu.

“Kami melihat karya yang sarat dengan konflik keluarga mampu menjentik emosi penonton kerana sarat mesej yang jelas dan bermanfaat jika dilihat dari sudut pandang positif.

“Ada banyak perkara yang boleh dijadikan iktibar dan panduan kerana berdepan dengan konflik merupakan asam garam kehidupan yang mematangkan diri kita.

“Semoga impak penceritaan dalam Hasrat Tersirat dapat dirasai oleh peminat drama Melayu sehingga mampu mencetuskan fenomena tersendiri. Sama-sama kita saksikan apakah kesudahan drama ini nanti,” kata Norzeha.

Rebut harta, pecah-belah

Drama Hasrat Tersirat terbitan Mediacorp Suria mula menghiasi slot Tiara sejak 10 September lalu di saluran Astro Prima (105) pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang.

Kisah penuh konflik tentang pergolakan dalam keluarga, dendam dan perebutan harta pusaka dihidupkan dengan lakonan mantap barisan bintang handalan dari Singapura.

Antaranya Rahimah Yusoff, Azhar Norlesta, Abdullah Ahmad, Fir Rahman, Farhana M. Noor, Izzat Yusoff, Fatin Amira, Shaquille Daniel dan Joe Jasmi.

Penceritaan penuh konflik dalam karya berkenaan bermula selepas kematian keluarga Hamzah.

Pemergiannya mencetuskan polemik dalam keluarga sendiri apabila mereka mula berpecah-belah.

Isterinya, Aisyah terpaksa berdepan masalah menguruskan pembahagian harta pusaka dan kebenaran yang dituntut oleh anak tirinya iaitu Danial dan Farah, seorang anaknya yang mengalami masalah autisme, Amri serta seseorang dari masa silamnya.

Drama yang bersiaran selama 20 episod tersebut memaparkan kesukaran Aisyah bergelut dengan semua permasalahan yang dihadapinya secara sendirian dan pada masa sama cuba memelihara nama baik arwah suaminya.

Selain saluran Astro Prima, Hasrat Tersirat turut boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI