PUTRAJAYA – Kes harian negara kekal bawah angka 9,000 dengan 8,817 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,294,457 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak masih melepasi angka 1,000 dengan 1,361 kes manakala, Selangor kembali melebihi angka tersebut dengan 1,348 kes dan Kelantan sebanyak 1,063 kes.
“Johor (886 kes), Sabah (805 kes), Pahang (696 kes), Pulau Pinang (595 kes), Kedah (576 kes), Perak (473 kes), Terengganu (356 kes), Melaka (246 kes), Kuala Lumpur (217 kes) dan Negeri Sembilan (122 kes).
“Selebihnya, Perlis (47 kes), Putrajaya (23 kes) dan Labuan (tiga kes),” katanya pada hantaran Facebook di sini hari ini. -K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929