fbpx

Geran SIM beri manfaat kepada 31,500 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengasas MF Borneo Agronizuw, Markos Suman, salah seorang penerima Geran SIM memanfaatkan dana disalurkan bagi meningkatkan kapasiti kitar semula sisa kelapa perusahaannya.

PETALING JAYA – Agihan Geran Padanan Impak Sosial (SIM) bernilai RM10 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) kepada 63 perusahaan sosial dalam tempoh setahun lalu dianggarkan memberi manfaat kepada 31,500 golongan sasar.

Geran SIM bertujuan membantu komuniti membina semula kehidupan menerusi perusahaan sosial dalam lima bidang impak iaitu perlindungan alam sekitar, keselamatan makanan, kesihatan & kesejahteraan sosial, kehidupan komuniti dan pemeliharaan warisan.

Ia disalurkan kepada pe­nerima manfaat menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif seperti ­menyediakan kemahiran tambahan untuk menambah baik prospek mendapat pekerjaan, me­ningkatkan pendapatan dan memperbaiki kehidupan.

Secara keseluruhan, nilai sosial yang dijana menerusi inisiatif dilaksanakan dianggarkan me­lebihi RM40 juta.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Amiruddin Abdul Shukor berkata, pihaknya berbesar hati ­menyokong perusahaan sosial yang telah bekerja keras menjana pendanaan yang sepadan menerusi sumber awam dan tajaan korporat, seterusnya menggandakan sokongan kewangan mereka menerusi geran SIM.

“Ini menunjukkan terdapat peningkatan dalam kesedaran, penghargaan dan sokongan untuk inovasi sosial di Malaysia yang merupakan indikator kepada masyarakat progresif bagi memupuk pertumbuhan mampan,” katanya dalam satu kenyataan.

Amiruddin menjelaskan, lebih daripada satu per tiga daripada dana geran tersebut disalurkan kepada inisiatif menambah baik kehidupan komuniti diikuti 26 peratus untuk ke­sihatan dan ke­sejahteraan sosial.

Peruntukan untuk komuniti terpinggir, remaja dan kanak-kanak mewakili sekitar 50 peratus daripada penerima manfaat, manakala masyarakat pribumi mewakili 30 peratus penerima.

Amiruddin menjelaskan, sebanyak 182 permohonan diterima untuk geran tersebut.

Permohonan dinilai Jawatankuasa Kelulusan Bersama yang dianggotai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, MaGIC, Yayasan Hasa­nah dan Yayasan Inovasi Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN