fbpx

Cools masih dalam proses pemulihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COOLS masih ada dalam senarai pasukan Midtjylland pada dua perlawanan lepas adalah sebagai salah satu proses pemulihan bagi pemain tersebut mendapatkan kecergasan penuh.

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memberi penjelasan mengenai status sebenar pemain berdarah kacukan negara, Dion Cools yang digugurkan daripada menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya di Amman, Jordan ketika ini.

Sebagai rekod, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Khamis lalu mengesahkan kelibat Cools yang mewakili FC Midtjylland terpaksa disisihkan ekoran kecederaan walaupun berada dalam senarai 24 pemain awal.

Namun, kelibat Cools masih lagi dapat dilihat bersama dengan kelab utama Denmark apabila diletakkan dalam senarai pemain simpanan pada aksi Liga Europa menentang Braga dan bertemu AGF pada saingan Liga Denmark minggu lalu.

Kata Cheng Hoe, FAM sentiasa berhubung dengan pegawai pasukan Midtjylland dan telah dimaklumkan bahawa tahap kecergasan Cools masih belum mencapai 100 peratus.

“Mungkin timbul satu isu apabila Cools digugurkan daripada skuad kebangsaan kerana cedera tetapi namanya masih ada dalam senarai pasukan Midtjylland pada dua perlawanan yang lepas.

“Namun, saya percaya keputusan pasukan itu untuk menurunkan Cools pada 10 minit ter­akhir (menentang AGF) adalah sebagai salah satu proses pemulihan bagi mendapatkan kecergasan penuh.

“Memang satu kerugian apabila dia tidak ada dalam skuad kebangsaan tetapi ia bukan satu isu besar. Apa yang penting dia tetap berada dalam perancangan pasukan untuk aksi antarabangsa akan datang,” katanya pada sidang akhbar virtual semalam.

Ketiadaan Cools menyaksikan benteng skuad negara yang bakal menentang Jordan pada malam esok dan Uzbekistan pada 9 Oktober nanti agak tempang selepas hanya memiliki tiga pemain pertahanan tengah.

Barisan pemain terbabit adalah Aidil Zafuan Abd. Radzak, Irfan Zakaria dan Dominic Tan selepas dua lagi tonggak pertahanan tengah, Shahrul Nizam Ros Hasni dan Sharul Nazeem Zulpakar turut disisihkan.

Cools telah beraksi bersama skuad Harimau Malaya buat pertama kali ketika saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun lepas meskipun mewakili skuad remaja Belgium di awal kariernya sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI