fbpx

DSV perempuan pertama dan terakhir saya sentuh- Iqbal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
: Ahmad Iqbal Zulkefli meninggalkan komen kontroversi di live Instagram DSV semalam.

PETALING JAYA – Lelaki yang dikaitkan dengan episod percintaan bersama Datuk Seri Vida (DSV), Ahmad Iqbal Zulkefli menyifatkan usahawan kosmetik itu merupakan wanita pertama yang pernah disentuh olehnya.

Pengakuan itu dibuat Iqbal menerusi satu komen yang ditinggalkannya semasa DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman membuat hantaran Live di laman Instagramnya semalam.

Bagaimanapun, ketika sesi Live itu, Iqbal dilihat hanya bermasam muka selain tidak menunjukkan reaksi gembira seperti yang ditonjolkan sebelum ini.

Ketika kejadian, komen yang ditinggalkan oleh Iqbal telah menarik perhatian ramai apabila menyebut tentang niat sebenarnya untuk memperisterikan Dato Seri Vida.

“DSV perempuan pertama dan terakhir yang saya sentuh, sebab itu saya fikir untuk berkahwin. Kalian fikir sebab harta tapi DSV tak tunjukkan keseriusan,” katanya.

Sementara itu, rata-rata orang ramai mempersoal tindakan Iqbal yang meninggalkan komen seperti itu, ini kerana kata-kata pemuda itu boleh mengundang fitnah kepada pasangan tersebut.

“Kita semua tak sempurna, masing-masing ada aib yang masih tertutup tapi apa-apa pun Iqbal tak patut komen macam itu, dalam live pula itu kesian DSV,” kata Ain Ismail.

“Sepatutnya aib korang berdua kenalah jaga, nampak sangat Iqbal ini bertindak ikut emosi, sesuka hati komen benda-benda yang boleh mendatangkan fitnah,” ujar Zuhair Zulkoplie.

“Kalau saya nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab tak ada dalam situasi yang dilalui Iqbal, tapi kalau ikut logik akal dan ‘common sense’ tak perlu nak komen macam itu,” jelas Ahmad Haizal.

Sejak beberapa minggu yang lalu, hubungan di antara DSV dan Iqbal masih lagi menjadi tanda tanya.

Terdahulu, mereka berdua turut merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Disember tahun ini tetapi hasrat itu terpaksa ditangguhkan susulan mendapat halangan daripada anak-anak DSV. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI