fbpx

Nanti ustaz marah ‘feeling’ lebih – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN memakai pelitup muka, kecantikan Neelofa tetap terserlah.

BUATLAH apa sahaja, pasti akan menarik perhatian ramai. Itulah penangan Neelofa.

Semuanya gara-gara beberapa swafoto yang dimuat naik selebriti berniqab itu baru-baru ini.

Tujuannya berkongsi swafoto tersebut ialah untuk mempromosikan pelitup muka jenamanya iaitu Nun Ha.

Namun, semuanya berubah menjadi seperti rantaian foto dengan kapsyen comelnya.

Ditambah pula dengan wajah yang semakin berseri-seri walaupun masih mengunci mulut tentang isu kehamilan.

“Meh, nak feeling dengan pelitup muka Nun Ha sekejap.

“Okey cukup, nanti ustaz (Haris Ismail) marah feeling lebih-lebih,” guraunya.

Ramai yang teruja melihat aksi comelnya. Mungkin kerana mereka jarang melihat Neelofa berswafoto begitu sejak mendirikan rumah tangga.

Tak apalah, sekali-sekala belanja swafoto lucu begitu tidak salah kan?

DIVA: Bila agaknya Neelofa dan Haris nak buka mulut pasal kehamilan. Ini baru hamil, kalau bersalin nanti lagilah. Lahir-lahir mesti terus ada akaun Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI