fbpx

Tempahan laksa asbab bantu gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga pemuda memulakan projek menghulurkan bantuan kepada gelandangan selepas menerima tempahan laksa.

PETALING JAYA – Niat murni tiga remaja memulakan sebuah projek membantu gelandangan di beberapa kawasan di Pulau Pinang mendapat pujian ramai.

Kisah itu kemudian tular di media sosial selepas mereka berkongsi video menghulurkan bantuan kepada gelandangan baru-baru ini.

Muhammad Huzrein, 23, berkata, projek tersebut bermula apabila rakannya menerima tempahan laksa dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada gelandangan.

“Selepas berkongsi video bantuan, kami menerima banyak mesej daripada orang ramai yang mahu turut serta memberikan sumbangan kepada gelandangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo.

Menurut anak jati Kedah itu, banyak cabaran dilalui termasuk ragam semasa misi bantuan dilaksanakan.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kagum dengan kesungguhan pemuda-pemuda tersebut.

“Syabas anak muda, walaupun baru berusia 20an tapi fikiran itu dah matang, ada rasa nak bantu orang lain walaupun tak ramai yang penting nawaitu itu ikhlas,” kata Faiz Zambri.

“Terbaik sahabat semoga usaha seperti ini sentiasa berkekalan dan tiada pengakhiran, saya mendoakan supaya anda semua dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan,” jelas Azmi Baharom.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 5,410 tontonan dan 16 ribu tanda suka di Instagram. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI