fbpx

Arnold terlepas aksi menentang City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARNOLD mengalami kecederaan pangkal paha ketika Liverpool menewaskan Porto 5-1 pada aksi Liga Juara-Juara Rabu lalu. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Li­verpool, Jurgen Klopp terpaksa menerima hakikat apabila dia tidak dapat menurunkan dua pemainnya, Trent Alexander-Arnold dan Thiago Alcantara menjelang pertembungan dengan Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) esok.

Pemain pertahanan kanan, Alexander-Arnold mengalami masalah kecederaan pangkal paha dan diketepikan ketika kemenangan 5-1 pada aksi Liga Juara-Juara ke atas Porto, Rabu lalu.

Lebih memeritkan, Klopp juga mengesahkan dia masih tidak dapat menggunakan khid­mat Thiago selepas diketepikan tiga perlawanan akibat mengalami kecede­raan betis.

“Tiada berita baik kerana kedua-dua pemain tersebut tidak akan diturunkan ketika berdepan City nanti. Saya jangka mereka berdua akan kembali bersama pasukan sejurus berakhir rehat antarabangsa

“Apa pun, kami mempunyai pasukan yang berkualiti dan pasti ada jalan terbaik untuk mengisi kekosongan tersebut. Jadi, saya yakin mereka akan kembali bersama pasukan selepas ini,” kata Klopp.

Klopp dijangka akan menurunkan James Milner untuk mengekang asakan City selepas dia sebelum ini tampil dengan cemerlang ketika berdepan Crystal Palace.

Liverpool sebelum ini kehilangan beberapa pemain terbaiknya, namun Naby Keita dikatakan bersedia untuk diturunkan semula termasuk Ro­berto Firmino.

Liverpool berada di puncak liga dengan aksi tanpa kalah enam perlawanan, selain me­ngatasi City, Chelsea dan Uni­ted dengan satu mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`