fbpx

Bapa Sherie Merlis meninggal dunia dalam tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sherie Merlis berkongsi berita duka bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung.

PETALING JAYA – Bapa kepada pelakon Sherie Merlis iaitu Wan Zainal Abidin Wan Kassim meninggal dunia disebabkan serangan jantung pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 9.30 pagi pada usia 75 tahun.

Sherie atau nama lengkapnya, Sharifah Saadah Wan Zainal Kassim memaklumkan berita mendukacitakan tersebut menerusi satu kenyataan ringkas kepada media sebentar tadi.

“1 Oktober 2021, Jumaat bersamaan 23 Safar 1443 hijrah, abah saya telah kembali ke rahmatullah setelah mengalami serangan jantung.

“Pukul 5 pagi tadi, adik saya bawa abah pergi hospital apabila dia mengadu sakit dada. Sejam sebelum meninggal dunia, doktor beritahu keadaannya okey dah stabil.

“Abah disahkan meninggal dunia pukul 9.30 pagi dalam tidur  setelah doktor cakap semua sistem dia collapse (tak berfungsi) dan mereka (pasukan perubatan) dah buat proses bantuan pernafasan (CPR) selama 15 minit,” kata pelakon siri televisyen, I-Tanggang: Mother of All Lies itu menerusi kenyataan tersebut.

Tinggal kenangan. Sherie bersama Allahyarham bapanya (tengah).

Sebelum ini, Sherie, 49, tular apabila membuat rayuan menerusi satu video dalam Instagram kerana terdesak meminta bantuan selepas mengalami kebuntuan apabila adik perempuannya disahkan positif Covid-19.

Dalam satu perkongsian video berdurasi empat minit dan 42 saat, dia meluahkan kebimbangan mengenai keselamatan ahli keluarga terutama ibu bapanya berserta enam kanak-kanak yang berada di dalam rumah itu.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI