fbpx

Adik perempuan jaga abang terlantar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JULIYANA bersama abangnya yang terlantar sakit selepas pembedahan kepala di rumahnya di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut baru-baru ini.

JERANTUT – Kasih seorang adik kepada abang yang uzur tiada batas walaupun dalam kepayahan dan terpaksa berkorban masa serta wang ringgit.

Keadaan itu terpaksa ditempuh Juliyana Khairudeen, 43, dalam menjaga abang sulungnya, Mohd. Hamidi Khai­rudeen, 48, yang terlantar sakit akibat pendarahan dalam kepala.

Juliyana berkata, abangnya yang merupakan anak sulung daripada enam beradik pada mulanya kerap meracau dan me­ronta di rumah sebelum dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Katanya, selepas melalui pemeriksaan, pihak hospital memaklumkan terdapat saluran darah di kepala Mohd. Hamidi pe­cah sebelum abangnya menjalani dua pembedahan di kepala pada 8 dan 11 Ogos lalu disusuli pembedahan pada bahagian kerongkong.

“Selepas balik hospital, kea­daan penyakit abang tidak berubah dan kerap meracau-racau dan meronta-ronta apabila dia sedar daripada tidur akibat tekanan kesakitan dialaminya yang masih tidak berubah.

“Sehingga kini abang terlantar di katil dan cuma minum susu khas menggunakan saluran menerusi bahagian hidungnya,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua di sini sini semalam.

Menurut Juliyana, abangnya memerlukaan penjagaan sepenuhnya dan memerlukan rawatan susulan di hospital yang memaksanya menyewa ambulans untuk berulang-alik ke hospital berkenaan.

Katanya lagi, dalam menguruskan abangnya, dia memerlukan perbelanjaan bulanan kira-kira RM1,500 termasuk untuk membeli peralatan kebersihan diri, lampin pakai buang, susu khas dan sewa ambulans.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan bantuan boleh me­nyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0630041000040952 atas nama Juliyana atau ­menghubunginya di talian 013 9978993. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI