fbpx

‘Tarikh lahir jadi hari pemeriksaan kesihatan pertama tapi tanpa ibu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB teringatkan tarikh yang sepatutnya Ayash dilahirkan hari ini tetapi menjadi tatrikh membawa anak bongsunya itu ke hospital setelah kematian isterinya lebih sebulan lalu.

PETALING JAYA – Kelahiran yang tidak terjangka. Begitulah yang berlaku kepada anak bongsu Shuib bersama Allahyarham Siti Sarah yang sepatutnya dilahirkan ke dunia hari ini namun terpaksa diawalkan pada 6 Ogos lalu.

Shuib atau nama sebenarny Shahmira Mohamad, 37, menerusi satu hantaran InstaStory malam tadi, tarikh lahir Ayash yang kini sudah berusia sebulan sepatutnya pada hari ini mengikut hasil perbincangan bersama doktor.

“Hari ini 30 September 2021, tarikh sepatutnya Ayash dilahirkan. Tarikh yang kami sudah pilih dan bincang dengan doktor tetapi Allah SWT lebih maha mengetahui yang terbaik,” katanya.

Mencetuskan rasa hiba, pelawak terkenal berkenaan memberitahu 30 September telah bertukar menjadi hari pertama membawa Ayash untuk sesi temu janji pemeriksaan kesihatan tanpa ditemani seorang ibu.

TANGKAP layar perkongsian Shuib malam tadi.

“Hari ini telah diganti menjadi hari pertama pemeriksaan kesihatan Ayash tanpa kehadiran ibu (Siti Sarah).

“Insya-Allah sabarlah wahai hati. Saya sayangkan awak,” ujarnya lagi.

Dalam hantaran berbeza, Shuib turut berkongsi perjalanannya membawa Ayash ke hospital.

Sebelum ini, Ayash dilaporkan telah dibawa pulang pada 14 September lalu selepas lebih sebulan dilahirkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Ayash dilahirkan secara pembedahan tiga hari sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu akibat Covid-19. – K! ONLINER

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI