fbpx

Laksana semula program sarapan percuma – Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maszlee

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik mencadangkan kerajaan untuk menubuhkan semula program sarapan percuma (PSP) di dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Beliau berkata, langkah tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar malah kepada peniaga yang terjejas sepanjang krisis pandemik Covid-19.

“Menurut kajian pada tahun 2019, PSP dijangka memberi manfaat kepada hampir 2.7 juta murid untuk tempoh 200 hari setahun.

“PSP juga perlu dilaksanakan semula ekoran wabak Covid-19 yang melanda menjadikan ekonomi rakyat semakin parah. Laporan Jabatan Statistik Negara (DOSM) juga mengatakan bilangan T20 telah merosot lebih 12 peratus manakala 20 peratus daripada golongan M40 kini beralih kepada B40,” katanya ketika perbahasan RMK-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, impak pandemik Covid-19 secara tidak langsung menjejaskan tumbesaran anak-anak dan pendidikan mereka.

“Proses membesar kanak-kanak melalui makanan bergizi juga termasuk dalam proses bersepadu pendidikan.

“Pelaksanaan PSP juga pasti akan memberi manfaat yang lebih besar kerana bilangan murid yang akan diberikan bantuan tersebut dijangka meningkat pada pasca Covid-19,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI