fbpx

KPDNHEP Perak sita 26,421kg tepung gandum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada tepung gandum seberat 26,421 kg bernilai RM53,476.49 yang disita daripada sebuah premis kerana menyimpan barang kawalan berjadual itu tanpa lesen yang sah.

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menyita 26,421 kilogram (kg) tepung gandum bernilai RM53,476.49 daripada sebuah premis kerana menyimpan barang kawalan berjadual itu tanpa lesen yang sah.

Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, sitaan itu dibuat dalam operasi bermula pukul 4 petang ke atas sebuah premis di kawasan perindustrian di Menglembu, semalam.

“Hasil pemeriksaan telah menemui sebanyak 26,421kg tepung gandum pelbagai jenama di simpan di premis berkenaan.

“Kesemua tepung gandum yang ditemui di tempat kejadian telah disita dan jumlah sitaan adalah dianggarkan bernilai RM53,476.49,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN