fbpx

KDA FC kecewa di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain sayap Melaka United, Sony Norde melakukan sepakan sambil cuba dihalang penyerang KDA FC, Kpah Sherman.

ALOR SETAR – Melaka United FC mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan C Piala Malaysia apabila mencipta kejutan dengan menundukkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 3-1 di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Jaringan pertama pasukan tuan rumah muncul seawal minit ke-6 menerusi penyerang utama, Kpah Sherman yang mudah melepaskan rembatan ke gawang tidak dikawal setelah penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat berada di luar posisi ketika cuba menghalang hantaran dibuat Tchetche Kipre.

Gol awal itu bagaimanapun sama sekali tidak melunturkan semangat pasukan pelawat apabila dilihat mampu mengimbangi perlawanan selain sesekali turut mengancam kubu tuan rumah sebelum berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-23 menerusi jaringan pemain sayap, Sony Norde.

Gol itu terhasil setelah Norde membuat larian deras untuk berada di posisi tepat bagi menerima hantaran rakan sepasukan, Adriano Aparecido Narcizo sebelum melepaskan rembatan deras yang gagal ditampan penjaga gol KDA FC, Ifwat Akmal Chek Kassim.

Tidak berhenti di situ, Melaka United menambah jaringan pada minit ke-38 menerusi pemain tengah kebangsaan Filipina, Manual Ott yang menyempurnakan peluang terhidang dengan melepaskan rembatan deras dari dalam kotak penalti yang gagal diselamatkan Ifwat.

Ketinggalan 2-1, KDA FC membuat pertukaran pada babak kedua perlawanan dengan mengeluarkan Rabih Ataya dan Syazwan Zainon bagi digantikan dengan Muhammad Faizat Mohamad Ghazli dan Mohammad Fayadh Mohd. Zulkifli.

Langkah itu bagaimanapun gagal membendung asakan Melaka United dengan pasukan pelawat hanya memerlukan tujuh minit pada babak kedua untuk mendapatkan gol ketiga.

Ia sekali lagi menerusi Manual Ott yang membuat rembatan cantik dari luar kotak penalti, melepasi jangkauan Ifwat di penjuru kanan sebelah atas gawang tuan rumah. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI