fbpx

China perkenal dua dron perang berteknologi tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dron CH-6 dicipta dengan teknologi moden yang menjadikannya tidak boleh dikesan oleh musuh ketika serangan dilakukan. - Weibo

BEIJING – China memperkenalkan dua senjata baharu berbentuk dron yang tidak boleh dikesan kapal selam serta mampu memusnahkan sasaran musuh termasuk dari Amerika Syarika (AS), lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Dron elektronik digelar CH-6 itu bakal menjadikan aktiviti serang hendap lebih tepat serta mengenai sasaran, terutamanya di kawasan Laut China Selatan, sekali gus menimbulkan kebimbangan pakar tentera barat.

CH-6 akan meningkatkan kemampuan intipan dan serangan China terhadap pangkalan tentera AS dan sekutunya yang beroperasi di wilayah Indo-Pasifik.

Selain itu, dron yang merupakan satu daripada dua senjata baharu yang dilancarkan di pameran udara terbesar di Zhuhai, selatan Guangdong, baru-baru ini berupaya mengancam latihan ketenteraan AS di seluruh Lautan Pasifik.

Senjata yang dikembangkan oleh Perbadanan Sains Aeroangkasa dan Teknologi China itu mampu diterbangkan selama 20 jam pada ketinggian 15,240 meter (m) dengan kelajuan 724 kilometer (km) sejam dan capaian jarak sekitar 14,484 km.

Dron itu juga dikatakan akan mengubah cara tradisional pelepasan peluru berpandu di dasar laut ke peringkat moden iaitu menerusi udara dengan sasaran ledakan bom yang lebih tepat.

CH-6 yang memiliki lebar sayap 20.5 m dan sepanjang 15 m juga dapat melepaskan peluru berpandu kecil dan sederhana serta peluru berpandu anti-radiasi.

Selain CH-6, China turut menghasilkan sebuah lagi dron berteknologi tinggi iaitu WZ-7 yang direka untuk menjalankan misi risikan termasuk pengawasan sempadan dan rondaan maritim.

WZ-7 mempunyai reka bentuk sayap tandem dengan saiz yang lebih besar, dilengkapi kemampuan tempoh masa terbang lebih panjang.

Dron itu mempunyai lebar sayap 24 m dan sepanjang 14 m, menjadikannya salah satu dron terbesar di China. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI