fbpx

Rekaan fesyen daripada bahan kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERTAS menjadi tema bagi pertandingan Waste is Amazing pada kali ini.

PEMBUANGAN sisa pepejal bukanlah satu masalah baharu di negara ini.

Jika tidak diuruskan dengan baik, ia akan menjadi bertambah buruk.

Dalam menangani masalah ini, salah satu cara terbaik untuk menguruskan pembuangan sisa pepejal secara sistematik melalui amalan 3R iaitu kurangkan, guna semula dan kitar semula.

Sebagai usaha menyemai amalan 3R, Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) mengambil langkah proaktif dengan meneruskan usaha dalam kalangan komuniti menerusi penganjuran acara tahunan ikonik mereka iaitu Waste is Amazing.

Acara itu adalah satu pertandingan rekaan fesyen unik menggunakan bahan kitar semula.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan berkata, dengan menggunakan tema Paper Couture, pertandingan fesyen itu kini memasuki tahun kesembilan penganjurannya dan pelbagai idea kreatif dan luar biasa ditonjolkan peserta.

Menurutnya, bagi pertandingan itu pada tahun ini, sambutan agak luar biasa diterima Alam Flora iaitu lebih daripada 80 penyertaan dari seluruh negara.

PESERTA menggunakan kreativiti mereka mengolah kertas terbuang menjadi satu rekaan fesyen.

“Hanya seramai 20 pereka amatur terpilih daripada pelbagai latar belakang menunjukkan kreativiti masing-masing dalam rekaan pakaian secara maya disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi kesejahteraan rakyat.

“Ini jelas menunjukkan, karya itu tidak mengenal batasan, sekali gus penerimaan terhadap budaya kitar semula semakin diterima banyak pihak, terutamanya dalam kalangan generasi muda,” terangnya.

Dalam pada itu, jelas Mohd. Zain, pemilihan kertas sebagai bahan utama pada rekaan fesyen tahun ini amat tepat.

Hal ini kerana, kajian dijalankan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara menunjukkan, kertas adalah bahan buangan ketiga terbesar selepas sisa makanan dan plastik.

KERTAS merupakan bahan buangan ketiga terbesar selepas sisa makanan dan plastik.

“Selain itu, ia juga bersesuaian dengan aspirasi kerajaan bagi mengurangkan sebanyak 40 peratus sisa yang boleh dikitar semula dibuang ke tapak pelupusan sampah menjelang 2025.

“Bagi mencapai matlamat ini, Alam Flora telah mempertingkatkan usaha dalam menjangkau pengurusan sisa, terutamanya dalam membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan rakyat Malaysia dan Waste is Amazing merupakan salah satu daripadanya.

“Kini kita boleh melihat sisa pepejal daripada perspektif berbeza secara positif,” jelasnya.

Sementara itu, acara yang dianjurkan saban tahun oleh Alam Flora itu merupakan satu aktiviti penting dalam memberi kesedaran dan membuka minda masyarakat tentang pengurusan sisa pepejal untuk kelestarian alam sekitar.

Sisa pepejal jika digabungkan dengan kreativiti, boleh menghasilkan produk yang baik dan berkualiti.

BAHAN kitar semula jika diolah dengan kreativiti akan menghasilkan produk yang baik.

“Kita selalu ditekankan dengan amalan 3R. Bagi saya, lebih suka tekankan tentang amalan 5R untuk kelestarian berterusan.

“Amalan 5R ini merangkumi Refuse, Reduce, Reuse, Recycle dan Recovery. Dalam hal ini, jangan beli sesuatu barang tidak perlu, keduanya beli barang mengikut kuantiti sepatutnya.

“Seterusnya, guna semua barang dibeli, selain kitar semula barangan tersebut dan terakhir, guna kembali sisa untuk dijadikan tenaga dan sebagainya,” kata Mohd. Zain.

Di samping itu, dalam memberi kesedaran kepada masyarakat, syarikat itu turut menganjurkan pelbagai aktiviti di sekolah, pejabat kerajaan dan swasta serta lain-lain.

Sementara itu, juara bagi pertandingan Waste is Amazing tahun ini, Nor Farizan Jawahir berkata, dia telah terlibat dalam acara itu sebanyak enam kali dan ini kali kedua dia menjadi juara.

Menurutnya, sejujurnya menghasilkan fesyen daripada bahan kitar semula adalah sesuatu yang sukar.

“Untuk tahun ini, saya guna kertas daripada majalah dan juga piring kertas terbuang untuk menghasilkan gaun.

“Saya ambil masa hampir lima hari untuk menyiapkan rekaan ini,” terangnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI