fbpx

Kerajaan peruntuk RM2.92 billion bagi 351 projek RMK-12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim Tuan Man

PUTRAJAYA – Kerajaan memperuntukan RM2.92 billion bagi pelaksanaan 351 buah projek yang melibatkan 277 projek sambungan dan 74 projek baharu di bawah Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) 2021.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kos keseluruhan projek tersebut dianggarkan berjumlah RM44.6 bilion.

Menurutnya, kementerian akan melaksanakan peranannya di bawah tema ketiga RMK-12 iaitu Melonjakkan Kemampanan dalam memberi tumpuan kepada mempercepat pertumbuhan hijau serta mempertingkat kemampanan tenaga dan mentransformasi sektor air serta pengukuhan tadbir urus alam sekitar.

“Dua pemacu perubahan telah dikenalpasti bagi menjayakan Tema 3 iaitu Pemacu Perubahan 8: Menerima Guna Ekonomi Kitaran; dan Pemacu Perubahan 9: Mempergiat Penerimagunaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM).

“KASA akan melaksanakan konsep ekonomi kitaran bagi sektor plastik melalui Rangka Kerja Pengurusan Plastik (Malaysia Plastic Sustainability Roadmap), selari dengan aspirasi mempercepat peralihan daripada sistem ekonomi linear dan mewujudkan ekosistem ke arah ekonomi kitaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI