fbpx

Kekasih kentut depan muka, wanita nekad berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki ini tidak melayan permintaan kekasihnya yang mahu berpisah selepas dia kentut di hadapan wanita itu. - TikTok

JAKARTA – Gara-gara kentut, hubungan cinta sepasang kekasih muda di Indonesia terputus di tengah jalan apabila si teman wanita tidak boleh menerima gurauan kekasihnya, lapor Suara.com, semalam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok @jomblohappy02, sepasang kekasih dilihat sedang bertengkar dalam sebuah bilik.

Menerusi keterangan video, mereka berdua berbalah apabila si lelaki memilih untuk melepaskan kentut di hadapan teman wanitanya sebagai gurauan.

Ternyata perbuatannya itu tidak dapat diterima oleh wanita tersebut, lalu meminta hubungan mereka diputuskan serta merta.

Bagaimanapun, permintaan untuk memutuskan hubungan itu tidak dilayan oleh lelaki berkenaan, malah dia terus mengusik kekasihnya.

“Kenapa perlu bersikap biadap dan kentut di hadapan saya? Saya tidak sangka perangai anda sangat buruk dan kurang adab,” kedengaran kata-kata wanita itu dalam video tersebut.

Situasi video tersebut mengundang tawa netizen yang menganggap ia antara punca perpisahan paling merepek yang pernah didengari.

“Ini kisah putus cinta paling lucu pernah saya lihat,” komen seorang pengguna media sosial.

“Hanya kerana kentut, putus sudah kasih sayang,” tulis seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI