fbpx

Warga emas mengaku amang seksual terhadap anak rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kiri) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan tahun lalu.

KOTA BHARU – Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kesalahan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan anak rakannya sendiri tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 61 tahun dan merupakan seorang buruh mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di halaman sebuah rumah di Pasir Puteh kira-kira pukul 2 petang pada bulan Jun 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Fariz tidak menawarkan sebarang jaminan kerana lelaki itu merupakan rakan kepada bapa mangsa.

Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 20 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan untuk menjatuhkan hukuman. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI