fbpx

Program iTEKAD Mawaddah bantu asnaf, B40 berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menyerahkan sijil penyertaan program iTEKAD Mawaddah, program keusahawanan yang bercirikan kewangan sosial dan  konsep syariah mudarabah kepada 10 usahawan perintis.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, melalui program tersebut, Bank Muamalat menyediakan platform pelaburan patuh syariah bagi memberi pulangan yang kompetitif kepada pelabur.

Menurut beliau, usahawan yang menyertai program iTEKAD Mawaddah, berlandaskan konsep mudarabah, akan menerima dana daripada pelabur untuk menjalankan perniagaan mereka.

Keuntungan yang dijana akan dikongsi di antara usahawan dan pelabur.  Sekiranya berlaku kerugian, kerugian itu akan ditanggung oleh pelabur sahaja.

“Program iTEKAD Mawaddah akan menyediakan modal kerja sehingga RM10,000 dan latihan perniagaan secara percuma untuk setiap usahawan daripada golongan asnaf dan B40 yang terpilih,” katanya dalam kenyataan bersempena majlis penyampaian sijil penyertaan tersebut secara maya.

Khairul Kamarudin menerangkan, inisiatif tersebut juga adalah untuk  menyokong usaha Bank
Negara Malaysia (BNM) untuk membantu usahawan daripada golongan asnaf dan B40 menceburi bidang perniagaan atau memajukan perniagaan mereka.

Tambah beliau, bidang perniagaan yang dipilih untuk fasa pertama adalah industri makanan dan minuman, mereka juga akan menerima latihan keusahawanan yang bersesuaian daripada jurulatih perunding yang berpengalaman.

“Sekiranya layak, peniaga akan turut dibantu untuk mendapatkan sijil halal bagi membolehkan mereka bersaing secara kompetitif di peringkat global,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI