fbpx
Gambar hiasan

PDRM umum pertukaran, kenaikan pangkat 33 pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran 33 orang pegawai kanannya yang akan berkuatkuasa bermula 1 November depan.

Superintendan Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Superintendan Skandaguru Anandan berkata, mendahului senarai pertukaran adalah Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin yang bertukar sebagai Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.

“Kekosongan yang ditinggalkan oleh beliau pula akan diisi oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan yang jawatan lamanya itu akan digantikan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah Datuk Jauteh Dikun dengan memangku pangkat Deputi Komsioner.

“Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azizi Mat Aris ditukarkan kepada Timbalan Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat Deputi Komisioner,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Skandaguru, Juruiring Polis kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Datuk Yahaya Othman pula akan menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

“Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Hamzah Ahmad pula akan bertukar menjadi Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

“Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor pula akan menjawat jawatan Ketua JPJKK Perak dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner,” ujar beliau. – K! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN