fbpx

PATI ditemui terikat pada pokok getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang PATI yang ditemui dalam keadaan terikat pada sebatang pokok getah di Kampung Rahmat, Rantau Panjang kelmarin. / FOTO IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Dua lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditemui dalam keadaan terikat pada pokok getah di Kampung Rahmat di sini kelmarin.

Kedua-dua lelaki yang berusia 32 dan 33 tahun dijumpai oleh anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) pada pukul 10.30 malam semasa melakukan rondaan rutin di Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu di sini.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa melakukan rondaan, anggota PGA melihat kelibat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

Menurutnya, anggota PGA telah bertindak melepaskan ikatan tersebut, namun mereka gagal mengemukakan sebarang pengenalan diri dan dokumen perjalanan yang sah.

“Hasil soal siasat yang dijalankan, kedua-dua PATI itu memaklumkan bahawa kesemua barangan peribadi milik mereka berada dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Kita tidak menolak kemungkinan lelaki yang memegang dokumen kedua-dua PATI itu bertindak sebagai ejen yang membawa masuk mereka ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI