fbpx

Eskayvie sasar miliki 20,000 pengedar akhir tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Eskayvie Sdn. Bhd. (Eskayvie) mengunjurkan untuk menawarkan peluang perniagaan berpotensi kepada lebih 20,000 wakil pengedar di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed berkata, buat masa ini, syarikat telah memba­ngunkan kira-kira 7,000 usahawan dengan mencatat pendapatan bersih lima angka sebulan.

Menurut beliau, pandemik Covid-19 telah memberi impak kepada banyak syarikat tempatan sehingga ramai yang kehila­ngan kerja dan hilang sumber pendapatan.

Sehubungan itu, Eskayvie menawarkan peluang bernilai kepada mereka yang terjejas untuk menjadi pengedar dengan membantu mempromosikan produk keluarannya.

 

“Melalui produk Eskayvie Diffenz yang telah dilancarkan pada awal tahun ini yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kesihatan pengguna telah berjaya mencatat jualan yang menggalakkan sehingga kini.

“Produk berasaskan cen­dawan susu harimau itu me­nerima testimoni positif dari­pada pelanggan dan semakin ramai berkongsi kebaikan mengenai­nya untuk menarik lebih ramai pe­langgan mencuba,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Kartika Wati menjelaskan, produk tersebut telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan kelulusan daripada kelulusan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Kami juga memberi ruang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan meskipun tidak memiliki modal untuk berniaga.

“Pengedar juga tidak perlu men­yimpan stok dan menguruskan penghantaran barangan kepada pengguna.

“Latihan jualan dan pemasaran diberikan secara percuma bagi membantu usahawan baharu mencapai jualan sekurang-kurangnya RM1,000 dalam masa tujuh hari sahaja,” terang Kartika Wati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI