fbpx

Cha Eun-woo beli rumah RM17.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHA EUN-WOO

POPULARITI meledak yang digapai penyanyi dan juga pelakon kacak Cha Eun-woo meletakkan dia kini antara selebriti K-pop paling laris.

Bersandarkan populariti yang dimiliki, tidak mustahil dia mampu mendapatkan apa sahaja yang dimahukan.

Buktinya baru-baru ini, anggota kumpulan Astro itu dilaporkan membeli sebuah apartmen dengan harga yang bukan calang-calang iaitu bernilai 4.9 bilion won bersamaan RM17.3 juta secara tunai.

Memetik laporan Biz Hankook, Eun-woo membeli apartmen berkenaan yang terletak di kawasan Cheongdam-dong, Gangnam.

Penyanyi berusia 24 tahun itu membeli kediaman mewah tersebut di bangunan mewah Ville Polaris Penthouse yang memiliki empat bilik tidur dan tiga bilik mandi.

Laporan berkenaan menyatakan, Ville Polaris Penthouse hanya memiliki sebuah apartmen mewah di setiap aras bangunan tersebut, sekali gus memberikan lebih privasi kepada penghuninya.

Rata-rata peminat tumpang gembira melihat pencapaian hebat diraih pelakon drama True Beau ty itu selepas bekerja keras dengan pelbagai projek sejak beberapa tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI