fbpx

Wanita maut terjatuh tingkat 29 kondo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat seorang warga Indonesia yang terjatuh dari tingkat 26 sebuah kondominium di Forest City, Iskandar Puteri, Johor awal pagi tadi.-Foto IHSAN BOMBA

ISKANDAR PUTERI – Seorang wanita warga emas maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Forest City, dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 2.58 pagi itu, mayat mangsa yang berusia 66 tahun itu ditemui terjatuh di balkoni di tingkat 16 bangunan kediaman terbabit.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ishak Noh, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri dihantar ke lokasi kejadian.

“Mangsa merupakan warga Indonesia yang mendapat status Pemastautin Tetap tinggal bersama anak angkat mangsa berumur 13 tahun di rumah tersebut.

“Pasukan operasi bertindak mengangkat mangsa dari balkoni dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, operasi tersebut ditamatkan pada pukul 4.55 pagi.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI