fbpx

Roh berbeza Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan JDT bersorak gembira bersama piala Liga Super apabila menjuarai Piala Liga Super kali ke lapan berturut-turut selepas perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Sultan Ibrahim baru-baru ini

KELANTAN United FC menjadi pasukan terakhir melengkapkan 16 pasukan elit untuk bersaing Piala Malaysia 2021. Keazaman tinggi anak-anak buah Nazrulerwan Makmor itu memburu slot terakhir wajar diberi pujian.

Sudah pastinya skuad Kijang Hijau itu mahu membuktikan sesuatu pada saingan bersejarah itu berbanding sekadar pelengkap jadual selepas menampilkan semangat juang tinggi ketika menewaskan Kuching City FC 3-1, bukan hanya kebetulan.

Bermaksud, Kelantan kini memiliki dua pasukan yang akan berentap pada Piala Malaysia termasuk Kelantan FC selain Sarawak United dan Kuching City FC.

Sekilas pandang pada undian pasukan dalam empat kumpulan A, B, C dan D, ramai akan memilih pasukan teratas Liga Super untuk mara ke peringkat seterusnya dan menjulang Piala Malaysia. Pasukan dalam

Kumpulan A menyaksikan pertembungan tiga pasukan Liga Super iaitu Penang FC, Kuala Lumpur City dan Sri Pahang, manakala satu pasukan Liga Premier, Sarawak United.

Kumpulan B pula menyaksikan pertemuan tiga pasukan Liga Super iaitu Terengganu FC (TFC), Selangor FC, Perak FC dan satu pasukan Liga Premier, Kuching City.

Bagi Kumpulan C memperlihatkan kehadiran Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Melaka United daripada Liga Super, manakala Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Kelantan United wakil Liga Premier. Untuk makluman, saingan Piala Malayia sudah bermula sejak malam semalam.

Jika berdasarkan pencapaian Liga Super musim ini, sang juara lapan kali berturut-turut iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah tentunya akan menjadi salah satu pasukan ke pentas final.

Salah satu lagi slot ke pentas final mungkin menjadi rebutan tiga pasukan teratas iaitu naib juara Liga Super, KDA FC atau Penang FC mahupun Terengganu FC. Itu sifir atas kertas, realitinya saingan Piala Malaysia amat berbeza daripada apa yang diramalkan.

Tiada jaminan buat sang juara Liga Super melangkah ke pentas final, itu sebagai contoh, tapi tidak mustahil. Ini kerana, saingan ini menyajikan suasana berbeza, format pun berbeza, pendekatan permainan berbeza dan pastinya semangat pemain serta pasukan juga berbeza.

Pada masa sama, penulis enggan memandang rendah kepada wakil Liga Premier, meskipun pasukan-pasukan ini bersaing pada liga kelas kedua tetapi jika mereka memiliki keazaman dan semangat juang tinggi selain taktikal permainan menjadi, peluang itu akan tetap ada.

Pada saingan Piala Malaysia ini, tidak tahu sejauh mana keberkesanannya, namun mana-mana ketua jurulatih yang pakar dalam strategi tempur, mungkin boleh dipakai dalam mengatur taktikal pasukan masing-masing.

Jika bijak mengatur strategi permainan di peringkat kumpulan, silap hari bulan pasukan hebat juga boleh tersungkur dengan jerat dipasang. Penulis melihat dua pasukan Liga Premier mungkin mempunyai kemampuan mendatangkan kejutan iaitu NSFC dan Sarawak United memandangkan kapasiti dua pasukan tersebut sememangnya sudah berada dalam kelas Liga Super.

Pada akhirnya, penulis berharap penyokong bola sepak tanah air terus menyemarakkan lagi saingan Piala Malaysia musim ini selain berpeluang turun ke stadium apabila sudah dibenarkan pihak berkuasa.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI