fbpx

Remaja Orang Asli terima vaksin demi rindu sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shah menunggu giliran untuk menerima vaksin Covid-19 di Kampung Sungai Pergam, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Rindu untuk kembali ke sekolah mendorong seorang remaja orang asli kaum Semaq Beri untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di Kampung Sungai Pergam di sini.

Mohd. Shah Sharif, 16, yang merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram turut mengambil inisiatif memujuk rakan-rakan Orang Asli yang lain untuk turut sama menerima suntikan tersebut.

“Hampir enam bulan rasanya tidak ke sekolah. Saya rindu hendak belajar di sekolah dan berjumpa semula dengan guru-guru.

“Belajar di rumah tidak sama seperti belajar di sekolah, lagipun, kemudahan Internet di sini kadangkala mengalami gangguan. Saya bimbang akan terus ketinggalan dalam pelajaran jika berterusan begini,” katanya.

Terdahulu dia ditemui pada program Outreach Vaksinasi Covid-19 Orang Asli Kampung Sungai Pergam di sini hari ini.

Mohd. Shah berkata, meskipun pada awalnya timbul rasa bimbang dan takut untuk menerima vaksin kerana takut jarum namun dia mengenepikan semua perasaan tersebut.

“Saya berkata dalam hati, bimbang dijangkiti Covid-19 jauh lebih serius dan berbahaya daripada takut jarum,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI