fbpx
KLOPP (tengah) mengakui kagum dengan semangat dan aksi yang dipamerkan Brentford yang berjaya mengikat Liverpool 3-3 pada aksi awal pagi semalam. – AFP

Brentford nafi hasrat Liverpool menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Liverpool terlepas peluang untuk merakam kemenangan kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas diikat pendatang baharu musim ini, Brentford 3-3 dalam satu pertembungan sengit di Stadium Brentford Community awal pagi semalam.

Pengurus The Reds, Jurgen Klopp tanpa berselindung memuji keupayaan Brentford kerana sentiasa berupaya mencipta peluang untuk bangkit me­nyamakan kedudukan sebanyak dua kali sepanjang 90 minit aksi itu.

“Saya tiada masalah untuk terima keputusan ini selepas kedua-dua pasukan bermain corak permainan terbuka dan menghiburkan. Inilah bola sepak, anda perlu mencipta sesuatu untuk meraih kemenangan.

“Mereka berhak meraih ketiga-tiga gol dan keputusan seri ini kerana kami gagal menangani setiap hantaran jauh. Bukan itu sahaja, mereka juga berjuang habis-habisan.

“Penjaga gol mereka (David Raya) sepatutnya memakai jersi No. 10 kerana beraksi cemerlang,” kata Klopp.

Brentford terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ethan Pinnock (m-27) sebelum Diogo Jota dan Mohamed Salah memastikan Liverpool mendahului 2-1.

The Bees bangkit me­nyamakan kedudukan menerusi tandukan Vitaly Janelt pada minit ke-63, namun ia tidak bertahan lama apabila Liverpool meledak gol ketiga menerusi jaringan Curtis Jones empat minit kemudian.

Hasrat The Reds untuk me­raih tiga mata lebur apabila, Yoane Wissa menyamakan kedudukan buat Brentford pada minit ke-82. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN