fbpx

Tubuh sasa Noki jadi dambaan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOKI kini diperhatikan bukan sahaja dari segi bakat, tetapi penampilan fizikalnya yang berotot.

SELAIN MK, seorang lagi anggota kumpulan K-Clique iaitu Noki semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini.

Berbekalkan bentuk tubuh yang sasa, Noki semakin mendapat perhatian dalam kalangan peminatnya tersendiri.

Dalam Instagram, pemilik nama sebenar Ahmad Ikhwan Aji itu tidak ketinggalan dilihat rajin ‘belanja’ peminat dengan bentuk tubuhnya yang kekar dan mantap.

Apa lagi, ‘berteriaklah’ peminat apabila penyanyi yang mula mencipta nama sebagai pelakon itu mempamerkan bentuk tubuh

Selain itu, ada juga peminatnya yang meroyan apabila menyifatkan Noki memiliki senyuman yang mampu mencairkan hati ramai wanita. Hati ‘bukan’ wanita pun boleh cair disebabkan penangan senyumannya.

Sebelum ini, Diva sendiri akui tidak berapa mengenali nama Noki selain daripada MK. Bila dah berkecimpung dalam dunia lakonan, Diva rasa Noki sesuai untuk membawakan watak hero kerana wajah Melayunya yang asli.

DIVA: Semoga penyanyi Elyana yang kini sedang menjalani kemoterapi diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI