fbpx

Derita tiga tahun penduduk jalan mendap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan utama di Kampung Tok Kah, Dungun mendap dan merekah sehingga boleh membahayakan pengguna terutama ketika hujan dan waktu malam.

DUNGUN – Penduduk Kampung Tok Kah di sini me­minta pihak berkuasa segera menyelesaikan masalah jalan mendap dan merekah di jalan utama kawasan itu sebelum berlaku kemalangan terutama ketika hujan dan waktu malam.

Penduduk mendakwa, masalah mendapan pada jalan sejauh lebih satu kilometer itu telah berlarutan lebih tiga tahun lalu walaupun telah beberapa kali dibaiki oleh pihak berwajib hingga mengakibatkannya rosak teruk dan tidak rata pada kedua-dua hala.

Salah seorang penduduk, Che Ramli Che Mat, 57, berkata, keadaan tersebut diburukkan lagi dengan kenderaan berat yang kerap melalui jalan tersebut.

“Hanya satu lorong sahaja yang elok sedikit sehingga kadangkala kenderaan perlu berhenti di tengah jalan supaya ke­reta lain yang melalui di laluan bertentangan dapat lalu.

“Kenderaan berat pun guna laluan ni. Kalau orang tak biasa lalu sini, memang bahaya,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di Kampung Tok Kah di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tok Kah, Saudi Awang berkata, pihaknya berharap tindakan segera diambil pihak berkuasa bagi mengelak keada­an sema­kin teruk.

“Sebelum ini, hanya beberapa meter sahaja jalan yang merekah dan mendap, namun sejak akhir-akhir ini, ia bertambah teruk merebak hingga lebih satu kilometer.

“Sudah nampak tanda-tanda rekahan di kawasan lain sepanjang jalan itu. Apa yang kita bimbang kadangkala waktu hujan, air akan bertakung dan pengguna tak nampak jalan yang tak rata, memang bahaya,” katanya.

Saudi berkata, JPKK kampung Tok Kah sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berwajib bagi menyelesaikan segera masalah tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI