fbpx

Sempat campak syabu dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah jenis syabu dan peralatan dipercayai untuk menghisap dadah yang dirampas dalam serbuan di Kampung Bechah Tendong, Pasir Mas malam tadi. - FOTO IHSAN POLIS

PASIR MAS – Tindakan seorang lelaki mencampakkan dadah jenis syabu seberat 52.9 gram ke dalam semak gagal apabila dia tetap ditahan polis dalam serbuan di sebuah bangsal di Kampung Bechah Tendong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, serbuan dijalankan pada pukul 10.30 malam selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan melibatkan dadah di kawasan tersebut

Menurutnya, semasa melakukan pemeriksaan di bangsal itu, polis melihat seorang lelaki keluar dari kawasan itu dengan memegang sebuah beg pada tangan kanannya.

“Menyedari kehadiran anggota polis, suspek telah mencampakkan beg tersebut ke dalam semak berhampiran. Polis terus membuat pemeriksaan pada tubuh badan suspek, namun tidak menjumpai barangan salah.

“Polis menjalankan pemeriksaan lanjut di kawasan semak yang terletak di kawasan berhampiran sebelum menemui sebuah beg berzip berwarna hijau yang mengandungi dadah jenis syabu bernilai RM5,290,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, polis turut menjumpai peralatan dipercayai digunakan untuk menghisap serta membungkus dadah di dalam beg itu dan turut menahan dua lelaki yang didapati berada di dalam bangsal tersebut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI