fbpx

Segerakan semakan semula MM2H – Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ismail Sabri di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah kerajaan perlu menyegerakan semakan semula syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang ditetapkan baru-baru ini.

Sultan Johor membangkitkan isu berkenaan ketika menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, Johor merupakan antara destinasi utama pelaburan asing, selain negeri ini juga antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Johor bukan sahaja berjiran dengan Singapura, malah Program MM2H adalah antara penyumbang kepada kekuatan ekonomi negeri.

“Kaji semula syarat ketat yang ditetapkan sebelum ini dan kekalkan juga syarat lama dengan membuat berapa penambahbaikan supaya ia dapat memberikan imbangan positif khususnya pertumbuhan ekonomi,” titah Sultan Johor.

Baginda turut membincangkan pelbagai perkara lain berkaitan kemajuan Johor dalam pertemuan bersama Perdana Menteri.

Pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru dengan turut dihadiri Menteri Besar, Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Ini merupakan kunjungan rasmi pertama Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada 21 Ogos lalu. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI