fbpx
Penunggang motosikal Yamaha 135LC maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Permatang Bogak, Kepala Batas hari ini.

Penunggang maut motosikal bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas terbabit kemalangan jalan raya dengan sebuah lori di Jalan Permatang Bogak, Kepala Batas di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, mangsa lelaki berusia 20 tahun itu maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, siasatan polis mendapati, lori dipandu seorang lelaki itu datang dari arah Permatang Tiga menghala ke lampu isyarat Permatang Sintok.

“Ketika kejadian, motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa datang dari arah bertentangan dan cuba memotong sebuah motosikal lain.

“Motosikal mangsa telah memasuki laluan lori sebelum melanggar bahagian hadapan kenderaan itu di sebelah kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada kepala.

Menurut Noorzainy lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas di sini bagi urusan bedah siasat selepas ujian calitan Covid-19 selesai dilakukan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR

BERITA BERKAITAN