fbpx

Lelaki ditemui mati lemas di Tasik Cyberjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa di Tasik Cyberjaya pagi tadi.

CYBERJAYA – Misteri penemuan sebuah motosikal bersama sebuah telefon bimbit di tepi sebuah tasik di Taman Meranti Jaya di sini akhirnya terjawab apabila pemiliknya ditemui lemas pagi ini.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, mayat mangsa dikenali sebagai P. Kumarasan, 39, ditemui kira-kira 10 meter dari tebing tasik pada kedalaman 4.5 meter.

Mayat mangsa ditemui oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cyberjaya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Shafizol Mohamad berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, pihaknya semalam menerima panggilan kecemasan oleh orang awam yang mendakwa kemungkinan ada kes lemas di tasik itu.

“Orang awam memaklumkan, mereka menemui sebuah motosikal yang diletakkan di tepi tasik itu sejak pagi semalam tanpa pemilik.

“Turut ditemui bersama motosikal itu ialah sebuah telefon bimbit dan topi keledar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, susulan itu, siasatan polis kemudian mengesahkan bahawa motosikal itu milik seorang lelaki sebelum waris mangsa dihubungi bagi mendapatkan kepastian.

Mohd. Shafizol berkata, polis kemudian dimaklumkan oleh waris mangsa bahawa mangsa belum pulang ke rumah.

“Usaha kemudian dilakukan mencari dan menyelamat mangsa di sekitar kawasan tasik berkenaan bermula malam tadi,” katanya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI