fbpx
Gambar hiasan

Lelaki ditemui lemas sah bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Polis mengesahkan mayat seorang lelaki yang ditemui di sebuah tasik di Taman Meranti Jaya, pagi tadi dipercayai akibat perbuatan membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ia berdasarkan kepada siasatan awal tempat kejadian yang menemui sebuah motosikal jenis Honda Dash telah ditinggalkan bersama serangkai anak kunci, topi kaledar dan telefon bimbit dipercayai milik mangsa.

“Juga ditemui sepasang selipar disyaki milik mangsa ditinggalkan yang menghala ke lombong tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang berusia 39 tahun itu ditemui pada kedalaman air tujuh meter dan berjarak tiga meter dari tebing pada pukul 9.30 pagi.

“Si mati ditemui di bawah tumbuhan jenis kiambang lengkap berbaju T berwarna merah (logo harimau) dan berseluar jeans berwarna hitam.

“Jangka masa kematian dianggarkan hampir 24 jam, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan atau tanda akibat perbuatan jenayah terhadap mayat si mati,” katanya.

Jelas beliau, mayat dihantar ke Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR