fbpx

82.5 peratus populasi dewasa lengkap dua dos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 41,847,256 dos vaksin Covid-19 telah diberikan setakat semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Sebanyak 82.5 peratus populasi dewasa menerima suntikan vaksin.

Jawantankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi Twitter rasminya memaklumkan, jumlah penerima dos pertama sebanyak 22,599,346 manakala 19,336,889 individu sudah lengkap menerima dos kedua.

Menurut perkongsian itu, setakat semalam sebanyak 93.6 peratus populasi dewasa telah mendapat dos pertama, manakala 82.5 peratus pula lengkap dua dos vaksin.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam pula mencatatkan 273,373 dos dengan 116,881 menerima dos pertama dan 156,492 dos kedua. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI